Thursday, September 16, 2010

maggi 2 minit

apa nama blog ni? kulakula.. akulakula..

SALAH!

nama blog ni, blog Hangat Hangat Taik Ayam..
cuba lah cek last entry, brapa bulan lepas da tu.. kadang kadang rasa nak tulis blog, tapi tak lama pun.. habis 1 post, tak tau bile next time akan datang seru untuk sambung. so janganlah expect blog ni untuk diupdate selalu ye..

so basically aku tulis post ni atas dasar bosan (seperti biasa), untuk membuang masa sambil menunggu episod baru One Piece, dan juga sebagai melayan permintaan kembau, cik omay untuk mengupdate blog.
jadi oleh kerana post ini didedikasikan untuk cik omay, aku pun rasa mahu membebel tentang orang perempuan. semua pun tahu, batch july05 dah nak grad, dah habis belajar. bila dah habis belajar tu, ape yang aku dapat notice, kebanyakan graduan wanita ni dah mula start fikir pasal kahwin. "eh mane ade", bentak salah seorang pembaca blog dalam hati yang terasa. huh, jangan tipu la. maybe bukan semua, tapi normal la umur skarang ni dah fikir pasal kahwin. lagi lagi orang perempuan, peak value dia dah x lama, dalam 25 dah start depreciation (nilai rekaan).
so kepada kaum wanita, mungkin akan tertanya2 apa yang dicari oleh kaum lelaki dalam memilih calon isteri ni. setiap orang mungkin berbeza pendapat, tapi bagi aku lah.. salah satu aspek penting yang x semua ambek berat ialah kebolehan memasak. "alah biasa la x reti masak, nanti dah kahwin boleh blaja slow2" bentak lagi hati2 pembaca blog yang x seberapa pandai memasak. no no no.
bagi aku, pandai memasak adalah satu kelebihan yang sangat sangat.. sangat.. sangat ape eh. sangat lebih la. bukan ape, pandai memasak ni juga menunjukkan gadis tersebut selalu memasak. dari selalu memasak ni kite boleh tahu yang die selalu tolong mak die di dapur. dan takkan lah ade yang tolong masak je, pastu yang lain2 malas ye dak? mesti la jugak rajin mengemas, pandai ambil hati ibu. so kalau dah kahwin, benda2 ni dah x payah suruh la, sebab dah natural dalam diri gadis tersebut. takde lah yang membebel sebab asyik masak, asyik kene kemas rumah. yang lelaki pulak takdela merungut makan tak sedap, atau duit terbang kene makan luar. silap haribulan, boleh gado.
so kesimpulannya belajarlah memasak wahai rakan rakan gadis. kalau rase boifren korang tu tak kisah, dorang tipu. memang le x kisah, sebab belum kahwin. tengah couple memang le sume bende x kisah. ni teori aku sendiri, tapi silap besar kalau anggap waktu kahwin sama macam couple. orang kahwin akan bound to responsibilities, cintan2 is a bonus. yang dah habiskan percintanan korang dengan couple'ing, be prepared to face a marriage that depends totally on responsibility. lelaki ada tanggungjawab dia, perempuan pun ada tanggungjawab dia. (bajet gila post aku nih)

by the way, everything above totally comes from my unproffesional wisdom, so kalau salah janganlah marah. bak kata orang tua tua, 'Its my blog'. thats all, i will post other things if i feel like it. calo!

Wednesday, September 15, 2010

adakah perlu?

rasa macam nak sambung tulis blog.. tapi rasa macam malas pun ada.. neutral so masih x buat ape ape..

Tuesday, January 5, 2010

bangun pagi gosok gigi

aku ada satu teori.. bangun pagi dan tidak tidur semula boleh meningkatkan efficiency hidup kita sebanyak 100% (nilai rekaan). dengan kata lain, anda akan rasa hidup lebih bermakna setelah mengamalkan polisi ini. apsal baku sangat nih? ok tuka mode..

bukan ape, tapi bangun lambat ni macam dah jadi gaya hidup normal budak2 utp. x payah cakap utp, kebanyakan orang melayu memang macam tu. hari tu pegi jaya jusco ipoh waktu pagi, pukul 11.. ade la 1% orang melayu. cube bayangkan kalau setiap hari kite bangun pukul 12 (of course la subuh bangun, pastu tido balik kan.. x semayang kan kapir), lepas 10 tahun, kite sebenarnye cuma hidup selama 5 tahun je.. sebab separuh daripada hari tu kita dah sia siakan dengan tido. bayangkan lagi punya la banyak bende kita boleh buat dengan masa yang banyak tuh. aku ingat waktu sekolah dulu, atau waktu internship kene bangun awal pagi.. memang leceh. tapi sepanjang hari tu rase hidup.. rase berguna la atas muka bumi ni sebab ade bende yang dibuat..
tapi balik semula kat utp.. tido pn pukul 2,3 pagi. bangun subuh tido balik. kalau ade kelas pukul 8 bole la bangun semula pukul 7.45.. balik bilik duduk ngadap komputer, tido smula..
cube ingat2 balik ape je life kite? tido 10 jam, ngadap komputer 10 jam, lagi 4 jam? makan, semayang, cakap tepon, kadang2 ada lecture atau stadi up sket la jadi 6 jam. ape hasil? takda hasil.. ade orang nak cakap hidup die berhasil? pegi cakap kat cesc fabregas (umur 22), kapten arsenal FC. x pun rafael nadal (23), world number 2 tennis. usamah bin zaid (20), panglima perang waktu zaman nabi. kite hafal al-Quran berapa surah?

so berbalik kepada topik asal, marilah bangun pagi.. aku sembang je sebenanye, padahal aku pn same jugak bangun lambat. tapi nak berazam untuk final year final sem nih supaya jadi manusia yang berguna. haha. kalau selalu berjaga waktu pagi, energy kita akan bertambah, otak lebih cergas dan cerdas. tapi ni teori aku je, ikot suke aku cakap, yela blog aku kan, bukannye menteri pelajaran nak buat reference masuk buku teks ke ape teori aku ni.. bukan ape, aku suke diri aku waktu aku intern dan x suka hidup sekarang.bosan dan noob..
kalau waktu intern dulu aku jumpa diana danielle, komfem2 die jatuh hati. kah3

aihhh bosan!

Sunday, January 3, 2010

asdf

asdf

Assalamualaikum..

testing testing~

hai bole saye buat blog juge?
time kaseh~