masing masing sibuk ada azam tahun baru. aku pun ada jugak tapi aku taknak cakap. kalau cakap panjang, maybe post lain. kali ni nak cerita apa taktik aku untuk memastikan tahun 2011 akan jadi lebih baik dari tahun tahun sebelum ni.
ok benda ni aku dapat ilham dari tahun lepas lagi, tapi tak terbuat buat. macam mana caranya untuk memastikan hidup kita hari hari adalah hari yang berkualiti. kalau anda adalah seperti saya, terlalu banyak membuang masa dengan perkara perkara tidak berfaedah, maka tiru macam saya~
pertama sekali, dapatkan kalendar tahun 2011. jangan pakai kalendar lama lama, nanti tak jadi. ok lepas tu dapatkan jugak highlighter/marker ikut selera masing masing la. preferably highlighter hijau dan merah. cara dia, kalau anda rasa hidup anda berguna sepanjang satu hari (contoh 1hb Jan) maka highlight 1 Jan di kalendar anda dengan highlighter hijau. sebab hijau ni nampak positif kan. tak kisah la ape penyebab hidup anda berguna tu, berjaya naik 5 kilo ke, turun 5 kilo ke, blaja masak 1 resipi hari tu ke, tolong mak kemas rumah ke, hafal 1 surah ke, kalau hari tu anda rasa positif, maka hijaukanlah kalendar anda.
sebaliknya sekiranya hari anda itu bermula dengan bangun tidur pukul 12 tengah hari, makan minum tidur facebook mengumpat gaduh bla bla bla, maka sila highlight merahkan hari anda itu pada haribulan tersebut.
maka targetnya ialah, pada hujung bulan, anda mahu melihat kalendar anda pada bulan tersebut dipenuhi dengan warna hijau. secara tidak langsung ia dapat merangsang anda untuk menjalankan hidup dengan gaya, mutu, keunggulan.
kalau macam aku, salah satu target adalah menambah muscle pada tahun 2011. maka tidak positif lah hari aku tanpa push-up, angkat dumbell dan lain lain. kalau azam anda ingin berhenti merokok, maka highlightkan hijau pada hari yang anda berjaya kurangkan pengambilan nikotin tersebut.
insyaAllah, kepingan kepingan kertas kalendar yang selama ini menjadi hiasan di dinding bilik anda boleh berubah menjadi pakar motivasi harian. ya, kini hanya dengan merenung dinding dapat meningkatkan kualiti hidup anda.
bagaimanapun, strategi ini tidak dijamin berkesan kerana penulis pun masih baru nak mencuba dan tiada testimoni testimoni, komen, wall post dari pengguna pengguna dapat dibekalkan.
sekian harap maklum. renung renungkan dan selamat beramal~