Thursday, September 16, 2010

maggi 2 minit

apa nama blog ni? kulakula.. akulakula..

SALAH!

nama blog ni, blog Hangat Hangat Taik Ayam..
cuba lah cek last entry, brapa bulan lepas da tu.. kadang kadang rasa nak tulis blog, tapi tak lama pun.. habis 1 post, tak tau bile next time akan datang seru untuk sambung. so janganlah expect blog ni untuk diupdate selalu ye..

so basically aku tulis post ni atas dasar bosan (seperti biasa), untuk membuang masa sambil menunggu episod baru One Piece, dan juga sebagai melayan permintaan kembau, cik omay untuk mengupdate blog.
jadi oleh kerana post ini didedikasikan untuk cik omay, aku pun rasa mahu membebel tentang orang perempuan. semua pun tahu, batch july05 dah nak grad, dah habis belajar. bila dah habis belajar tu, ape yang aku dapat notice, kebanyakan graduan wanita ni dah mula start fikir pasal kahwin. "eh mane ade", bentak salah seorang pembaca blog dalam hati yang terasa. huh, jangan tipu la. maybe bukan semua, tapi normal la umur skarang ni dah fikir pasal kahwin. lagi lagi orang perempuan, peak value dia dah x lama, dalam 25 dah start depreciation (nilai rekaan).
so kepada kaum wanita, mungkin akan tertanya2 apa yang dicari oleh kaum lelaki dalam memilih calon isteri ni. setiap orang mungkin berbeza pendapat, tapi bagi aku lah.. salah satu aspek penting yang x semua ambek berat ialah kebolehan memasak. "alah biasa la x reti masak, nanti dah kahwin boleh blaja slow2" bentak lagi hati2 pembaca blog yang x seberapa pandai memasak. no no no.
bagi aku, pandai memasak adalah satu kelebihan yang sangat sangat.. sangat.. sangat ape eh. sangat lebih la. bukan ape, pandai memasak ni juga menunjukkan gadis tersebut selalu memasak. dari selalu memasak ni kite boleh tahu yang die selalu tolong mak die di dapur. dan takkan lah ade yang tolong masak je, pastu yang lain2 malas ye dak? mesti la jugak rajin mengemas, pandai ambil hati ibu. so kalau dah kahwin, benda2 ni dah x payah suruh la, sebab dah natural dalam diri gadis tersebut. takde lah yang membebel sebab asyik masak, asyik kene kemas rumah. yang lelaki pulak takdela merungut makan tak sedap, atau duit terbang kene makan luar. silap haribulan, boleh gado.
so kesimpulannya belajarlah memasak wahai rakan rakan gadis. kalau rase boifren korang tu tak kisah, dorang tipu. memang le x kisah, sebab belum kahwin. tengah couple memang le sume bende x kisah. ni teori aku sendiri, tapi silap besar kalau anggap waktu kahwin sama macam couple. orang kahwin akan bound to responsibilities, cintan2 is a bonus. yang dah habiskan percintanan korang dengan couple'ing, be prepared to face a marriage that depends totally on responsibility. lelaki ada tanggungjawab dia, perempuan pun ada tanggungjawab dia. (bajet gila post aku nih)

by the way, everything above totally comes from my unproffesional wisdom, so kalau salah janganlah marah. bak kata orang tua tua, 'Its my blog'. thats all, i will post other things if i feel like it. calo!

3 comments:

humairah said...

alamak.. aku terharuu.. hahaha~
wlobagaimanapun.. baiklah kembar.. aku sedang usahakan belajar memasak untuk kebahagiaan abang ipar ko kelak..

ezzah k. said...

haha xsempat aku nak membentak.. haha

kula said...

saje aku tolong bentakkan. hahah